IKLAN

Pemilik Dedah Sikap Penyewa Wanita Pengotor



BENARLAH kata pepatah Inggeris don’t judge a book by it’s cover yang membawa maksud jangan sesekali memandang seseorang itu menerusi penampilan luaran semata.

Baru-baru ini, seorang pemilik rumah sewa ‘terkena’ dengan penyewa yang terdiri daripada wanita cantik namun hakikatnya adalah pengotor.


Mangsa, Nurulanne Radzali mendakwa penampilan luaran para penyewanya yang lemah lembut lagi gemar memakai pakaian berjenama amat berlawanan dengan keadaan rumah.


“Jangan percaya pada yang konon hipster, make up 10 inci tapi pengotor, rumah busuk, bersepah bak neraka,” tulisnya menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook.

Menurut Nurulanne, dia mendapat aduan daripada para penyewa, kononnya rumah sewa itu dipenuhi dengan lipas.

Lantas membuatkan dia melakukan ‘sportcheck’ bagi meninjau keadaan rumah sewa itu.

“Buka-buka pintu Masyaallah bau. Bau masam, bau perfume, bau penyegar udara, pitam!

“Mana lipas? Terus ke dapur terus rasa nak pengsan, rujuk gambar. Mee Hoon dalam kuali berulat, minyak tumpah, pinggan mangkuk berulat, milo tumpah penuh lantai. Bau tak usah nak cakap,” katanya.

Apabila disiasat, rupanya si gadis-gadis penyewa ini masak beramai-ramai dan juga bungkuskan makanan untuk jiran lelaki di hadapan rumah. Sanggupkah anda ‘menelannya’ jika tahu keadaan sebenar?

Memang tak senonoh dan juga tiada kesedaran sivik. Tidak kiralah anak bujang lelaki atau pun perempuan, kebersihan itu bukannya boleh diambil mudah.

Nak jadi cantik, cantiklah luar dan dalam, tak begitu? – MYNEWSHUB
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment