IKLAN

Nabil Dan Zira ‘Comolot’ Di Venice


SERONOK sungguh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dan isterinya Zira bercuti di beberapa lokasi menarik di Eropah.

Semuanya kelihatan baik sahaja; pasagan itu berkongsi bersama peminat gambar-gambar mereka bersiar-siar di Rome dan Pisa di dalam akaun Instagram @nabilzira mereka dan kelihatan sangat in love seperti pasangan baru berkahwin.



Tapi yang tak seronoknya, adalah sekeping gambar yang kelihatan tidak manis untuk ditunjukkan kepada umum.

Selepas  Che Ta dan Zain Saidin serta Awal Shaari dan Scha Al Yahya yang mencetuskan kontroversi ‘comolot’ tanpa segan silu di media sosial, kini giliran Nabil dan Zira pula mempamerkan kemesraan mereka.


Dirakamkan dan dimuat naik di Instagram oleh jurugambar Asyraf Manan, Nabil yang lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat berkucupan bibir dengan isterinya semasa menaiki gondola di Venice, Itali.

Amboi!

Walaupun Venice tu memang digelar Kota Romantik dan jauh pula daripada tanah air, tapi itu tak bermakna pasangan suami isteri ini boleh berciuman di khalayak ramai, kan?

Gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Ahad lalu itu ternyata sekali mencetuskan reaksi negatif peminat. Rata-rata mereka melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon itu, apatah lagi yang kini sudah bergelar Haji.


Difahamkan, Nabil dan Zira berada di Eropah kerana terlibat dalam penggambaran sebuah program terbaru Astro.

Percutian sambil bekerja mereka itu turut disertai oleh seorang lagi alumni Raja Lawak, Jihan Muse serta suaminya, Ungku Hariz.

Malah, Jihan juga sempat ‘mencelah’ kerana gusar jika gambar bercumbuan itu menjadi sasaran peminat. Namun, jurugambar cuma mengiyakan kemungkinan perkara tersebut akan berlaku, seolah-olah sengaja hendak mencari publisiti murahan.


Jihan juga sempat memberi ‘amaran’ kepada Asyraf agar tidak menyiarkan gambarnya, seperti memberi bayangan bahawa dia dan suami juga tanpa segan silu berciuman untuk dirakam jurugambar.

“Ko jangan upload aku punya. Tu exclusive ;),” komen Jihan pada gambar tersebut.


Jika Nabil dan Zira melatah dengan kecaman peminat terhadap mereka, rasanya itu sebahagian daripada menjadi figura popular yang setiap pergerakan akan diperhatikan.

Apa pun, tepuk dada tanya selera. Jikalau sudah tahu ada peminat yang berfikiran sebegitu, kenapa perlu sendiri cari penyakit? Dari satu sudut lain, itu adalah laman sosial milik mereka, jadi suka hatilah hendak muat naik gambar apa pun.

Walaupun tak boleh mahu salahkan Nabil dan Zira seratus peratus dalam hal ini kerana gambar mereka dimuat naik oleh pihak ketiga, tetapi perlukah kisah yang sepatutnya menjadi rahsia dalam ‘rumah tangga’ dibuka dengan sebegini luas? – MYNEWSHUB/SK
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment