IKLAN

Kerajaan Kelantan Galakkan Lelaki yang PENUH SYARAT Berpoligami


KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan menggalakkan suami yang memenuhi syarat mengikut tuntutan Islam untuk berpoligami.

 Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,
eluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi, berkata bagi mereka yang tidak memenuhi syarat berpoligami, memadai seorang isteri bagi mengelakkan timbul masalah dalam keluarga.

 Beliau berkata, dalam Islam matlamat perkahwinan itu untuk melahirkan zuriat yang berkualiti. "Di Kelantan kita galakkan berkahwin sama ada perkahwinan itu yang pertama atau kedua bagi yang layak.

 "Mereka yang memenuhi syarat (berpoligami) penting luahkan (keinginan) di Mahkamah Syariah dan jangan buat tindakan kahwin di luar negara, tidak mengikuti adab atau saluran yang betul.

 "(Ini kerana) daripada perkahwinan akan ada zuriat. Jadi, kita tidak mahu anak atau isteri dinafikan hak mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Maqarrabun negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Balai Islam di sini, hari ini. Mumtaz berkata, sebagai galakan sebelum berpoligami, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri mengadakan kuliah atau program penerangan pendidikan rumah tangga.

 "Dalam hal ini, kita adakan kuliah termasuk motivasi dalam perkahwinan, dasar keluarga mawaddah dan galakan untuk berpoligami bukan dalam bentuk duit tapi memberi ilmu. "Kalau kamu (suami) tak boleh berlaku adil kahwin satu saja dan kalau (mahu berpoligami) sebagai tempat untuk memuaskan nafsu, itu bukan sasarannya, " katanya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment