IKLAN

Kejam! Kucing Putih Terseksa Dibalut Pita Pelekat


RABU lalu (1 Februari), kumpulan peminat kucing bernama Yishun 326 Tabby Cat telah menyelamatkan seekor kucing putih yang dibalut dengan pita pelekat di seluruh tubuhnya.

Kucing tersebut (yang diberi nama watak dalam siri fantasi, Game Of Thrones, Jon Snow) telah dilihat berkeliaran di sekitar kawasan kejiranan di Ubi, Singapura dalam keadaan berbalut sebegitu.

Malah, gambar-gambar Jon Snow tular di Facebook setelah kumpulan pencinta kucing itu kongsikan andaian bahawa mungkin kucing itu telah menjadi mangsa tidak sengaja perangkap pelekat yang biasanya digunakan untuk memerangkap haiwan kecil seperti tikus.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat mungkin Jon Snow telah menjadi mangsa penyeksaan haiwan yang semakin berleluasa di Singapura kini.


Pada hari berikutnya, kucing malang itu telah dibawa ke hospital Veterinari Mount Pleasant untuk membuka pita pelekat tersebut.

Namun ia bukanlah satu kerja mudah kerana haiwan tersebut berasa sakit setiap kali disentuh doktor haiwan. Oleh itu, mereka telah mengambil keputusan untuk memberi Jon Snow ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan semasa prosedur pembukaan pita pelekat itu dilakukan.

Kumpulan pakar veterinar itu yakin kucing tersebut sememangnya mangsa penyeksaan pesalah laku yang tidak berperikemanusiaan.

Apa-apa pun, Jon Snow kini semakin sihat dan dalam keadaan selamat. Kasihan dia! – mynewshub
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment