IKLAN

Kalau Ada Baby Kecil, Aku Peduli Apa! – Dikecam Selfish, Perokok Macam Ini Elok Telan Je Asap Itu


Bagi sesetengah orang yang tak merokok pastinya rasa kurang selesa kalau makan tapi dikelilingi asap rokok kan? Tambahan lagi jika mempunyai anak kecil. Ada juga yang tarik muka bila si perokok buat endah tak endah.

Seorang lelaki melepaskan geramnya terhadap ibu bapa yang selalu nak salahkan orang yang merokok ja. Admin tak pasti dia ni betul marah atau hanya sarcasms. Tapi ada betulnya jugak.

“Aku datang dulu. Bukan salah aku..”


Lepas baca apa yang aku tulis ni, kau nak marah atau maki aku, ikut suka kau lah. Aku tak peduli. I make my own rules.

Hak aku la nak hisap rokok di meja aku makan. Kalau ada baby kecik sebelah meja, aku peduli apa. Aku datang dulu. Bukan salah aku bila tak boleh kontrol ke mana asap tu nak pergi. Mak bapak bayi tu yang salah bawak anak datang kedai makan yang macam ni. Patut dah boleh expect environmental hazard yang ada.

Lain kali, kalau takde duit nak masuk kedai besar yang ada aircond yang tak boleh hisap rokok, jangan kawin. Banyak masalah di dunia ni takkan wujud pun kalau orang-orang miskin tak kawin. Parents apa benda nak provide keselesaan dan keselamatan dekat keluarga sendiri pun tak boleh.

“Jangan pentingkan diri..” 


Ada yang setuju dengan brader ni.


Ada betulnya jugak apa yang brader ni cakap. Tapi mungkin caranya la nampak kasar. Apa-apa pun ibu bapa scan dulu tempat duduk yang sesuai sebelum makan. Dan perokok pon pilihlah tempat yang jauh dari anak kecil.

Kredit : Mohd Zailee via ohbulan
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment