IKLAN

Curi Milo, Peniaga Dipenjara Sehari & Didenda RM500


KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri empat paket Milo daripada sebuah pasar raya, seorang peniaga pasar karat dihukum penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Lokman Hakim Mohamed, 33, selepas dia mengaku bersalah mencuri empat paket Milo bernilai RM151.60, di pasar raya AEON Midvalley, Brickfields, di sini, pada 9 malam, 3 Feb lepas.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 3 Feb lepas dan tertuduh akan dipenjara sebulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang seterusnya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menyara anak serta isterinya yang sedang sarat hamil manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran. – BERNAMA / mynewshub
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment