IKLAN

Budak WeChat Kantoi "Beromen" !


SEPASANG kekasih yang berkenalan menerusi aplikasi sosial WeChat mendapat malu besar apabila aktiviti memadu asmara mereka akhirnya terbongkar.

Ia terdedah setelah penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengadakan serbuan di sebuah hotel di Kuala Terengganu, semalam.

Pasangan yang dicekup dalam keadaan mengaibkan ini mengaku sudah pun menjalinkan hubungan seks ketika serbuan dijalankan kira-kira pukul 11.3o malam.

Menurut pasangan berusia 20 tahun yang masih tidak bekerja ini, mereka baru sahaja berkenalan menerusi WeChat sejak dua bulan lalu.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim berkata, serbuan dijalankan bersama dua anggota polis setelah pihaknya menerima maklumat orang awam.

Katanya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira jam 6 petang sebelum itu.

“Pasangan terbabit bertemu di sebuah plaza sebelum menuju ke hotel berkenan kira-kira jam 9 malam menaiki kereta lelaki terbabit.

“Ketika soal siasat, gadis itu mengaku sudah melakukan persetubuhan sebelum serbuan dilakukan dan memaklumkan mereka pernah terlanjur di lokasi lain.

“Mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment