IKLAN

(TERKINI) Aliff Syukri Menangis, Mohon Maaf Kepada Peniaga Kopiah


Ekoran isu tuduhan menganiaya dan menfitnah peniaga kopiah, jutawan kosmetik Aliff Syukri terlajak laris tampil membuat kenyataan.

Aliff Syukri dilihat menangis sambil memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terasa termasuk peniaga kopiah terbabit.

Ini komennya:

Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi.

Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut.

Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina.


Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya.


Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri.

Saya amat hargai sokongan moral anda semua.


Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik sory saya lambat respon saya tak perasan jadi viral 


Ini videonya:


beritamemey
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment