IKLAN

Saya Tak Taja Tahun Ini Kot, ‘Dua Tahun Berturut-Turut Sebelum Ni, Saya Taja AJL RM2.8 Juta’ – DSV



ALASAN mengapa Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida tidak dijemput ke Anugerah Juara Lagu (AJL), Ahad lalu, adalah kerana tempat duduk terhad.

Demikian yang dijelaskan oleh pihak pengurusan stesen TV3 kepada jutawan yang terkenal dengan tagline ‘Qu Puteh, Qu Puteh… Barulah Puteh‘ itu.

Menurut pengurus besarnya,  Sherina Nordin, undangan untuk acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara itu hanya diberikan kepada pihak terlibat dan penaja sahaja.

“Tiada isu. Tempat duduk kami memang terhad.

“Jadi yang dijemput adalah penaja dan pihak terlibat,” katanya kepada ProjekMMO.

Tambahnya, penaja sebelum ini juga tidak dijemput dan pemegang tiket jemputan berhak memberikan kepada yang berkenaan.

“Tiada pula [penaja lain]. Setahu saya, kami memang memperuntukkan kepada penaja dan terlibat saja.

“Jadi kalau tiket mereka hendak diberi pada rakan-rakan, terpulang,” katanya.

Ahad lalu, Vida memuat naik video di laman Instagramnya meluahkan rasa terkilannya apabila tidak dijemput dengan alasan tiada tempat duduk disediakan.

Walhal, Vida memaklumkan telah menaja anugerah itu selama dua tahun sebelum ini.

Sementara itu, Vida percaya penganjur bimbang kehadirannya akan memberi publisiti percuma kepada rangkaian perniagaannya.

“Kalau saya bukan penaja AJL, saya penaja di TV3 juga. Mereka takut masuk muka saya, mereka akan rugi.

“Bila kamera hala ke arah saya, ada pemasaran tak suka sebab seperti pemasaran percuma. Itu yang saya tidak suka TV3,” katanya.

Menurut Vida,  dia kini tempoh bertenang untuk menaja AJL tahun depan kerana ia membabitkan kos yang besar.

Namun, susulan isu yang timbul ini, Vida akui penganjur AJL sudah mengguris hati dan membuatnya tawar hati untuk menaja anugerah itu pada masa akan datang.

A video posted by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


“Satu malam RM2.8 juta untuk dua tahun berturut-turut. Jadi saya rehatlah sekejap.

“Tetapi bila buat macam ini seperti membunuh jiwa. Adakah saya perlu dilayan begini? Janganlah pula terhegeh-hegeh mencari saya selepas ini.

“Saya terkilan. Alasan tidak ada tempat duduk untuk ke AJL tidak masuk akal,” katanya. 

Sumber: Projek MMO
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment