IKLAN

Anak Suka Sorok Handphone Mak, Bila Ditanya Kenapa… Jawapan Kanak-Kanak Ini Buat Kami Tersentak


Tugas membesarkan anak pada zaman serba canggih dan mencabar ini bukan sesuatu yang mudah. Kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja siang dan malam untuk menjamin kehidupan yang selesa. Namun tanpa ibu bapa sedar anak-anak kecil terabai tanpa perhatian yang sewajarnya.

Cuba korang ingat balik bila kali terakhir korang meluangkan masa bersama anak-anak tanpa gadjet? Kisah yang kami nak kongsikan ini betul-betul buat kami rasa tertampar.


Mama janganlah nangis, Haikal gurau je


Lately, Haikal suka sorokkan phone saya.
Mula-mula saya ingat dia cuma nak
ergurau.
Sebab Haikal akan gelak guling-guling bila berjaya sorokkan phone saya,
dan tengok saya gelabah cari phone. ?
.
Sampailah tadi.
Dia buat lagi.
Tapi kali ni betul-betul dia sorok kat tempat susah dan saya tak jumpa!
.
So I gave up and pretended to cry.
Jalan pintas untuk dapatkan semula phone, adalah dengan mempermainkan perasaan Haikal.  ?
.
So saya pura-pura nangis sampai lah Haikal datang pujuk.
.
“Mama, jangan la nangis. Haikal gurau je.”
.
“Mama tak jumpa phone mama.”
.
“Nah. Ni phone mama. Sorry mama. Haikal gurau je.”
.
“Thank you. Lepas ni jangan la sorokkan phone mama lagi. Mama banyak kerja dalam phone ni.”
.
* Haikal diam lama *
.
“Kenapa Haikal diam?”

Kenapa mama taknak tengok Haikal?
“Sebenarnya Haikal tak suka mama tengok phone tu. Haikal lagi suka kalau mama tengok Haikal. Mama tahu tak phone ni boleh rosakkan mata mama? Haikal tak pernah pun rosakkan mata mama. Tapi kenapa mama taknak tengok Haikal?”
.
I CRIED A RIVER,
dan terus peluk Haikal kuat-kuat.
.
Ya Allah.
Lain macam betul rasa tamparan malam ni.
.
Haikal betul-betul anugerah.
Yang selalu ingatkan saya–
tentang AMANAH yang selalu dilupakan.
.
Ya Allah.
Izinkan aku untuk jadi ibu yang Haikal perlukan.
Bantu aku untuk jadi ibu yang Haikal banggakan.
Bimbing aku untuk sentiasa memperoleh redha Mu sepanjang menggalas amanah IBU ini.

Sayang mama Ashraf Haikal,
you are beyond special.
You are a true gift from Allah.
Please hold my hand forever,
and bring me closer to Him.

I AM TRULY SORRY.
Mama sayang Haikal.
Sangat-sangat.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment