IKLAN

Badan kurus, Wawa Zainal suruh Aeril Zafrel besarkan badan dan pergi gym


Sejak kebelakangan ini tubuh aktor kacak iaitu Aeril Zafrel dilihat semakin sado. Tambahan pula penampilannya menerusi laman Instagramnya begitu mencuri perhatian ramai peminat di kalangan wanita

Kata orang bila imej suami semakin sedap di pandangan mata orang, isteri selalunya cemburu ataupun bimbang. Sebaliknya menurut Aeril, Wawa tidak begitu.

“Dia yang suruh saya besarkan badan selain push saya untuk ke gym sebab katanya saya kurus. Jadi demi mengikutkan kehendak dia saya turuti.

“Buat setakat ini, saya tak jaga makan dan memang saya nak gemuk. Saya pula jenis cepat besar dan kurus. Bukan setakat itu sahaja saya buat badan ini untuk kerjaya supaya padan dengan heroin, lagipun untuk lelaki biar besar sikit,” ujarnya.

Menyedari dirinya seorang selebriti, sudah tentulah penampilan diri perlu dijaga. Bagi Aeril dia menjadikan laman Instagram sebagai platform rujukan untuk mencari gaya baru.

“Sekarang sudah ada Instagram, jadi saya banyak ikuti perkembangan ikon-ikon daripada sana untuk berfesyen. Memandangkan saya selebriti kenalah jaga juga,” jelas Aeril.



Sumber: Media Hiburan
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment