IKLAN

'Anda Rasa Meme Ini Kelakar, Tetapi Saya Rasa Sedih & Terkilan' - Mangsa


TEXAS, AMERIKA SYARIKAT - Bagi sesetengah orang, gambar meme yang tersebar di media sosial adakalanya melucukan. 

Tetapi pernahkah kita terfikir akan kalau ahli keluarga anda sendiri, sahabat baik anda atau anda sendiri yang menjadi mangsa salahguna gambar seperti ini? 

Yang menjadi bahan gelak ketawa di media sosial. Sudah tentu anda sedih dan mungkin akan mengambil tindakan di luar batasan. 

Itulah yang berlaku pada seorang wanita bernama Lizzie Velasquez, berasal dari Texas, Amerika Syarikat. Gambar dirinya menjadi mangsa ejekan dan bahan ketawa di media sosial, membuatkan dirinya rasa terkilan menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab. 

"Saya telah melihat banyak meme seperti ini di laman Facebook, baru-baru ini. Saya menulis post ini bukan sebagai mangsa, tetapi sebagai seseorang yang menggunakan suara mereka. 

"Ya, saya menaip status ini di waktu lewat malam tetapi saya berbuat demikian sebagai peringatan bahawa orang yang tidak bersalah dijadikan sebagai bahan meme ini mungkin masih belum tidur dan sedang melayari Facebook. Bayangkan kalau mereka ternampak gambar mereka sendiri yang dipergunakan seperti ini?

"Tak kiralah bagaimana rupa wajah kita, saiz badan kita, apa yang pasti kita semua tetap adalah manusia. 

"Saya memohon pada anda semua, agar sentiasa beringatlah bila ternampak gambar meme yang terkandung wajah orang yang tidak dikenali. Pada masa anda merasakan ia kelakar, tetapi manusia dalam gambar itu mungkin merasa sebaliknya." katanya. 

Seronokkah mempermainkan, mengejak, mengeji, menyindir wajah rupa orang lain hanya kerana mereka kelihatan sedikit berbeza daripada manusia normal? 

Jangan begitu, mereka juga punyai perasaan yang sama dengan kita dan perlu dijaga. Bukan mereka meminta untuk dilahirkan menjadi seperti itu. 

Tindakan seperti ini tidak ubah seperti mentertawakan ciptaanNya dalam sedar. Hentikanlah perbuatan yang sia-sia ini.

TheReporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment