IKLAN

"Syed Saddiq Sila Mintak Mohon Maaf, Jangan Biadap" - Susulan Derhaka Titah Sultan Johor

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didesak memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan biadabnya yang didakwa tidak menghormati titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Desakan itu yang dibuat Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia (Gapema) Johor juga mahukan Syed Saddiq memohon maaf kepada rakyat negeri ini selain menasihatkannya membaca sejarah Johor dan memahami ikrar taat setia sebagai Bangsa Johor.


“Sebagai rakyat Johor kita perlu faham dan jelas konsep Bangsa Johor yang menekankan permuafakatan, kesepakatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam apa jua bidang.
“Kenyataan biadap beliau seolah-olah ingin mengajar baginda dan memperlihatkan Sultan Ibrahim tidak tahu langsung tentang perundangan dan peraturan negara,” ujar Pengerusi Gapema Johor, Muhammad Suwarno dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam Syed Saddiq dalam satu kenyataan mendakwa, hak untuk berdemonstrasi secara aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan selain diiktiraf udang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.
Kelmarin meneusri Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang, dekat sini, Sultan Johor dalam titahnya menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi di negeri ini.
loading...

Sumber: UTUSAN ONLINE
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment