IKLAN

"Berpurdah, Tetapi Berseluar Ketat Siap Bercumbu Dan Berpegangan Tangan Dengan Lelaki Dikhalayak Ramai"

FENOMENA bertudung kini dilihat hanya berlandaskan trend dan fesyen semata-mata tanpa mengikut syariat Islam yang sebenar.

Kebanyakan masyarakat hari ini menggangap bertudung sebagai satu ‘budaya’ iaitu ramai wanita mengamalkan pemakaian bertudung tetapi berseluar ketat, berbaju ketat, berlengan pendek, memakai skirt singkat serta bertudung tetapi tidak labuh menutup dada.

Jadi, tidak pelik sekiranya melihat ada individu yang bertudung melakukan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta berkelakuan tidak senonoh.
Trend terbaru pula melibatkan individu berpurdah tetapi berkelakuan tidak senonoh iaitu mengambil gambar bercumbu dan berpegangan tangan dengan lelaki dikhalayak ramai.
Dengan kapsyen “purdah itu bukan pakaian trend, tapi pakaian sunnah. Mohon jangan buat begini” beberapa keping gambar wanita berseluar ketat, berbaju labuh tetapi berpurdah tersebar di media sosial.
Terdapat sekeping gambar yang menggangu ‘pemandangan’ apabila seorang lelaki dan wanita berpegangan tangan dan bercumbu di muat naik di media sosial.
Tindakan seperti ini dilihat memperlekehkan agama Islam serta membuatkan agama suci ini dipandang serong oleh masyarakat.
Nampaknya, kesucian purdah ini sudah ‘dicemari’ seiring dengan kemajuan teknologi oleh mereka yang taksub dengan trend masa kini.
Jika kembali kepada ajaran Islam, memakai tudung dan berpurdah bukanlah satu fesyen tetapi syariat agama yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita beragama Islam.
loading...

 sumber & kredit :mynewshub
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment