IKLAN

Ngeri!!! 80 Ekor Ulat Bersarang Di Telinga Kanak-kanak

Sebanyak 80 ekor ulat dikeluarkan dari telinga seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, setelah mengadu sakit dan gatal di bahagian telinga kirinya sejak seminggu lalu, lapor Daily Mail.


Rahdhika Mandloi, pada awalnya mengadu berasa tidak selesa dan gatal di bahagian telinga kiri sejak seminggu lalu menyebabkan Radhika kerap menangis tanpa henti. Bingung dengan keadaan Radhika, ibubapanya terus membawa Radhika ke hospital untuk pemeriksaan. 

Doktor Raj Kumar Mundra yang memeriksa Radhika, terkejut apabila mendapati sejumlah besar kehadiran ulat dan larva di dalam telinga kanak-kanak itu.

"Saya sangat terkejut, ini kali pertama saya melihat begitu banyak ulat dan larva di dalam telinga manusia," katanya.

Jelasnya, ulat yang menghuni telinga Radhika adalah jenis yang mudah tertarik dengan bau busuk dan hidup dalam persekitaran yang tidak bersih. Difahamkan, keluarga Radhika tinggal di kawasan yang tidak terjaga kebersihannya dipercayai punca kepada masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.
Tegas doktor berkenaan, jika telinga Radhika tidak diberikan rawatan segera, ulat tersebut akan mula memakan otaknya dan mendatangkan bahaya kepada Radhika.

Doktor menjalankan dua pembedahan terhadap Radhika di mana pembedahan pertama yang mengambil masa 90 minit, berjaya mengeluarkan 70 ekor ulat. Manakala pembedahan kedua mengeluarkan saki baki ulat yang menghuni telinga Radhika
loading...

Lapor Daily Mail, Radhika masih ditahan di hospital, di bawah pemerhatian khas oleh doktor selama seminggu bagi memastikan kanak-kanak itu benar pulih.

“Telinga dan hidung dekat dengan otak maka ia memerlukan penjagaan kebersihan yang sempurna,’’ kata Dr Raj Kumar Mundra.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment