IKLAN

"Netizen Kecam Ramona Zamzam Pegang Anjing" - Saya Enggan Padam Gambar

Pelakon Ramona Zamzam enggan memadam gambar dirinya memegang anjing di Instagram kerana menganggap perbuatannya tidak salah.
Pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 26, sedar dengan kecaman peminat di media sosial namun tidak mahu cepat melatah.

“Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian,” katanya seperti dilapor Kosmo!

“Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering.”
Model asal Ipoh, Perak itu meminta peminat tidak salah faham dengan tindakannya yang disifatkan tidak sensitif terhadap agama dan masyarakat tempatan.
Pelakon “Nora Elena” memuat naik gambar memegang anjing peliharaan milik seorang pengemis spesies Husky ketika berbulan madu di Itali baru-baru ini.
Katanya, suaminya, Rami Alashka, rakyat Palestin turut hairan dengan sensitiviti masyarakat Malaysia terhadap isu anjing.
“Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu.
“Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing,” katanya.
Ada pengikutnya di Instagram meninggalkan komen tidak berpuas hati apabila mendakwa Ramona Zamzam memegang haiwan itu dengan sengaja.

Nurra72 berkata; “Tidak boleh memegang anjing dengan sengaja. Jika tersentuh anjing dalam keadaan kedua-dua permukaan tangan dan juga anjing kering memadai dibasuh dengan air bersih manakala jika tersentuh anjing dalam keadaan salah satu permukaan basah.”
Namun ada juga peminat yang menyokong tindakan Ramona.
“Boleh pegang tapi kena samak balik,” kata pengguna akaun Hazwani_binti_hamzahBleh.
“Anjing pun makhluk Tuhan juga. Kalau drama tv berpelukan bertepuk tampar dengan bukan mahram korang suka pulak tengok,” kata @mimierosess.

loading...

Sumber: Projek MMO
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment