IKLAN

Malaysia Muflis! : Aliff Hina Najib Urus Ekonomi

SERBA salah sama ada hendak ketawa atau simpati apabila membaca luahan jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mengenai situasi ekonomi negara menerusi laman sosial baru-baru ini.


Pengusaha produk keluaran D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. terkenal dengan taglineTerlajak Laris itu menulis secara umum yang jika difahami sekali imbas menggambarkan konon ekonomi Malaysia kini nazak diancam muflis.
Luahan Aliff itu bukan sahaja lucu malah boleh diragui dari segi fakta. Pedulikanlah kisah sedih pengalaman dirinya melihat orang Melayu terpaksa jadi buruh kasar di Australia ketika pernah melancong ke negara kanggaru itu.
Meskipun cerita Aliff itu dikutuk keras ramai netizen khasnya warga Malaysia bermastautin di Australia, luahan mengenai senario ekonomi negara pula dipercayai bulat-bulat ramai peminat beliau khasnya yang antikerajaan.
Tidak hairanlah penyokong propembangkang menjadikan luahan Aliff itu sebagai bahan kempen politik menerusi media sosial konon usahawan tersohor bumiptera seperti beliau tertekan teruk di bawah Barisan Nasional.

loading...

Tidak pula dipastikan sama ada Aliff bergurau atau serius tetapi ia beri gambaran beliau tidak lagi percaya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan dalam mengurus tadbir ekonomi negara.
Walhal semua maklum Najib sebelum pembentangan Bajet di Parlimen setiap tahun sentiasa mengadakan program konsultasi dengan semua pihak berkepentingan waima ada laman web khas untuk rakyat meluahkan isu ekonomi.



Bayangkanlah tiada negara di dunia termasuk Thailand yang diagung-agungkan Aliff sendiri pun melakukan perkara itu apabila pemimpin sanggup ‘turun padang’ dengar masalah rakyat sebelum membentang bajet tahunan negara.
Mentafsirkan Thailand sebagai negara kukuh ekonomi merupakan satu tanggapan silap. Dalam kalangan negara ASEAN hari ini, Thailand antara negara terpaksa membuat pinjaman skala besar untuk memulihkan ekonominya.
Bahkan ramai penduduk Thailand terpaksa berhijrah datang bekerja di Malaysia terutama di negeri-negeri Pantai Timur dan ada antara mereka menjadi tukang masak di restoran tomyam selain menjual keropok di jalanan.
Jika Aliff menyangka hutang Malaysia cukup parah hampir muflis berbanding ketika zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia bukan sahaja kelakar tetapi boleh memalukan imej dirinya dalam bab ekonomi makro.
Untuk rekod, hutang negara kita berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya 55 peratus dan masih rendah dibanding banyak negara maju sendiri seperti Britain dan Jepun yang mencecah lebih 200 peratus.
Jiran kita, Singapura malah menanggung hutang hampir 100 peratus berbanding KDNK, dan jika mengikut logik matematik Aliff, sepatutnya Singapuralah terlebih dahulu yang diisytiharkan muflis lebih awal daripada Malaysia!
Jika negara ini benar-benar bermasalah, mana mungkin Alif mampu kumpul kekayaan termasuk menghadiahkan beg tangan berjenama dengan harga RM300,000 untuk isterinya serta memiliki deretan kereta dan rumah mewah?
Hakikatnya kemelesetan ekonomi negara kita akibat tempias ekonomi global susulan kejatuhan teruk harga minyak mentah di pasaran antarabangsa kira-kira setahun lalu dan ini pun turut menjejaskan lebih 160 buah negara lain.
Brunei misalnya, sebuah negara yang kaya minyak di rantau Asia tenggara baru-baru ini terpaksa memotong jumlah penerima biasiswa untuk diberikan kepada pelajar cemerlang melanjutkan pengajian tinggi di universiti luar negara.
Sebelum itu, Brunei juga mengumumkan pemotongan gaji semua penjawat awam yang diikuti kerajaan Arab Saudi sendiri ketika kakitangan kerajaan Persekutuan di Malaysia pula gembira menikmati kenaikan gaji mulai Julai lalu.
Kesimpulannya, adakah Aliff sengaja ‘menghina’ kemampuan Perdana Menteri negara sendiri dalam mengurus tadbir ekonomi sehingga tergamak menulis luahan sedemikian teruk waima dipercayai ramai rakan Facebooknya.
Kepada Aliff, sekadar renungan Bank Negara Malaysia melaporkan ekonomi masih tumbuh stabil 4 peratus walhal masa krisis ekonomi 1998 iaitu zaman Mahathir, pertumbuhan ekonomi di bawah negatif! – Mynewshub.cc/HAA
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment