IKLAN

Kutuk Make Up Bercapuk, Safiey Ilias Diselar Netizen


BEBERAPA hari lalu, mak nyah kontroversi Safiey Ilias menerusi Instagram peribadinya memuat naik satu posting mengecam golongan Hawa yang memakai make up kusam dan bercapuk atau dalam istilah lain penggunaan solekan yang tidak sekata.

Menurut Safiey menerusi kapsyen yang dimuat naik itu, dia gemar menggunakan peralatan make up dari jenama Tomford berbanding Mac. Baginya jenama itu lebih mendatangkan kesan yang sekata pada kulit wajah.

“Hasil make up gunakan Tomford. Tak adalah tebal macam kita pakai Mac. Ini sekadar nak berkongsi sebab benci nak mampus tengok perempuan make up kusam dan bercapuk. Baik tak payah jadi perempuan kalau makeup macam haram. Laser betul ni,” katanya.
Namun, kata-kata yang diluahkan menerusi laman sosial itu mengundang pelbagai reaksi netizen terutama golongan wanita sendiri yang beranggapan ia adalah satu bentuk penghinaan buat mereka.
Salah seorang wanita yang lantang bersuara ialah Asyalliee Ahmad atau Asyalliee menempelak Safiey.
Antara komen pedas wanita berusia 19 tahun itu kepada Safie: “Awak pun make uptak betul, ada hati nak mengata orang. Mana ada orang make up muka putih saja kalau yang free hair.”


Selain komen daripada Asyalliee, hampir 3 ribu komen lain yang ditinggalkan di status yang dimuat naik rata-ratanya membidas semula kata-kata Safiey itu.
“Bang Sapi, kening you pun macam lol gitu ada hati nak cakap orang,” tulis Norsahidahohmell.
Manakala Marhalina.halim pula, “Jual produk untuk perempuan.. pastu pi bashperempuan.. bagusss sangat 😏😏😏.”
“Kau make up macam mana sekalipun kau tetap jantan. Jangan berangan yang kau cantik,” tulis Seputeh_salju.
Mungkin moral ceritanya ialah tak berapa elok la untuk pondan mengutuk kaum Hawa yang lebih sinonim dengan make up. – MYNEWSHUB.CC


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment