IKLAN

KONONNYA UM NAFI GELARAN DOKTOR, SYARIKAT AZIZAN OSMAN BUAT LAPORAN POLIS

Selepas kontroversi minggu lalu, Kumpulan Syarikat Richworks menjelaskan bahawa penceramah motivasi Azizan Osman memiliki gelaran doktor daripada sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS).

Richworks berkata Azizan mempunyai kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida, AS sejak 2009.
Malah, beliau juga dikatakan telah memenuhi syarat untuk sebuah lagi gelaran doktor falsafah (psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom (UK).
“Konvokesyen beliau di Universiti Hertfordshire dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat,” menurut kenyataan itu.
Minggu lalu, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan kepada Azizan.
Sementara itu, berkaitan isu ijazah doktor kehormat Universiti Malaya (UM), Richworks mendakwa Azizan telah “disasarkan dan diperdayakan oleh pihak-pihak yang bukan wakil universiti tersebut”.
“Kami telah pun membuat laporan polis dan perkara ini sedang disiasat,” kata Richworks.
“Semasa proses siasatan dalaman yang kami telah jalankan baru-baru ini, kami telah menjumpai beberapa kelemahan serius berkenaan prosedur-prosedur operasi kami.
Klik Gambar
“Malangnya, kelemahan ini telah menyebabkan penggunaan ijazah kedoktoran dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rujukan kepada Dr Azizan Osman yang tidak pernah beliau akui.”
Katanya, sebagai sebuah organisasi, mereka amat khuatir dengan keadaan itu dan telah melaksanakan “pelan komprehensif” untuk membetulkan keadaan dengan segera.
Dalam kenyataan hari ni, Richworks berkata mereka kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang telah timbul berkaitan dengan status kelayakan Azizan.
Justeru, katanya, penjelasan itu dibuat untuk “memperjelaskan kemusykilan yang telah timbul dan menyingkirkan apa-apa ketidakpastian”.
Semakan Malaysiakini setakat petang 29 September mendapati laman web Richworks memperkenalkan Azizan diperkenal sebagai pemilik “PhD (Hon) Entrepreneurship (UM)”.
Azizan turut terkenal sebagai usahawan dan penulis.

Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.

loading...
Sumber: Malaysiakini
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment