IKLAN

"Heroin" Sayangku Kapten Mukhriz Punca Raja Afiq Dan Anis Al Idrus Putus Cinta?

Sejujurnya, apabila berita putus cinta Raja Afiq dan Anis Al Idrus tersebar, kami tidak menyangka ia akan menjadi satu berita yang hangat sehingga Anis mahu mendedahkan perkara sebenar dengan bukti-buktinya sekali.


Tiba-tiba pula,  heroin Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun pula didakwa sebagai punca hubungan Raja Afiq dan Anis berakhir.
Namun, Niena menepis dakwaan liar berkenaan dan menegaskan beliau sudah mempunyai kekasih sebelum beliau mengenali Raja Afiq.

loading...
Dakwaan itu sangat kelakar. Saya yang mendengarnya pun tergelak. Pun begitu saya tak melatah kerana menganggap ia asam garam kehidupan anak seni. Diakui ramai kurang senang melihat seseorang mula meraih kejayaan. Jadi saya tak nak ambil pusing. Lagipun tak wujud isu rampas merampas.
Pada masa yang sama, Niena turut menafikan khabar angin kononnya teman lelaki beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan sebenarnya adalah kekasih orang. Ada beberapa pihak telah melabelkan Niena sebagai perampas gara-gara khabar angin tersebut.
Saya mengetahui berita ini apabila ada peminat tulis di laman sosial. Namun, tidak dinyatakan cerita apa. Apabila keluar di akhbar baru saya membacanya. Tak terkejut pun sebab ia bukan cerita betul.

 Sumber Berita : Harian Metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment