IKLAN

GEMPARRR!!!! Pendedahan Anak Murid Azizan Osman, Diajar Pergunakan Anak Yatim Untuk Marketing, Benar Atau Tidak?


SEJAK gelaran doktor palsu yang digunakan oleh Azizan Osman terbongkar, satu persatu perkara buruk lain didedahkan oleh warga media sosial. Terbaru, salah seorang anak muridnya mendakwa diajar pergunakan anak yatim sebagai salah satu teknik pemasaran 'marketing' perniagaan.

Melalui laman Facebook, Ariffin Embong yang difahamkan pernah menjadi anak murid kepada Azizan Osman mendakwa, pernah diajar cara mempergunakan anak yatim bagi tujuan pemasaran.

Menurut Ariffin, Azizan pernah berkata:

"Kita kumpulkan anak-anak yatim, kita buat majlis meraikan mereka, kita panggil media, kita akan dapat kredit daripada masyarakat suka bersedekah. Viralkan di Facebook, Instagram, YouTube sebagai salah satu teknik pemasaran bisnes."

Ariffin yang berasal dari Sekolah Anak-Anak Yatim Perkaya Terengganu mendakwa sangat terasa dengan kata-kata itu.

"Tok sangat terasa, Tok datang dari asrama anak-anak yatim Perkaya Terengganu. Rupanya kalian sampai tahap hendak gunakan anak-anak yatim untuk purpose marketing?" tulisnya.



Ramai lagi individu-individu yang pernah ditipu oleh Azizan muncul di laman sosial mendedahkan tembelangnya.

Salah seorang sahabat blogger, Edy Noor Reduan, turut mendedahkan bagaimana rakan-rakannya ditipu 'scam' dan terpaksa membayar dua kali ganda kursus MMM yang sepatutnya cuma berharga RM500 akibat muslihat yang nampak sengaja dilakukan.



sumber: milosuam
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment