IKLAN

Empat Pelajar Antara 17 Cedera Helikopter TUDM Terhempas

TAWAU: Sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera apabila sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi.


Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan.

Difahamkan, sebahagian pelajar trauma dengan insiden berkenaan termasuk ada yang dilaporkan menangis. - BH
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment