IKLAN

Elly Mazlein Sindir Faye Kusairi Di Instagram?

Nama pelakon Faye Kusairi menjadi topik hangat apabila beliau mengaku sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama bekas suami penyanyi Elly Mazlein iaitu Azmi Hatta. Namun, Faye memberitahu beliau bukanlah punca rumah tangga Elly dan Azmi retak.  Faye dan Azmi mula rapat selepas lelaki itu bercerai.

Klik Untuk Gambar Lagi..


Susulan pengakuan Faye itu, Elly menerusi akaun Instagramnya telah memberikan responnya dan beliau berharap Faye dapat menjaga Azmi dengan baik serta mendoakan kebahagiaan mereka.
Berikut respon Elly di Instagramnya :-

Apa yang saya tulis sekadar kenyataan di laman sosial itu dan kalau ada pihak terasa hati, saya tidak boleh kata apa-apa. Sejak beberapa minggu lalu saya memuat naik beberapa gambar berserta kenyataan dan saya tidak mahu kaitkan dengan sesiapa. Tak sangka pula orang ramai kaitkan status-status itu dengan orang lain pula.
Beberapa hari lepas,  ada satu foto yang dimuat naik Elly berkaitan bahaya fitnah nampaknya mempunyai persamaan dengan foto yang dimuat naik Faye beberapa hari sebelum itu. Walaubagaimanapun, Elly menafikan khabar angin yang beliau seakan menyindir Faye.


Saya tak pernah membuka mahupun mengikuti perkembangannya di Instagram. Jadi, tak mungkin saya meniru atau menyindirnya.
“Perbalahan” Elly Mazlein dan Faye Kusairi ibarat tiada kesudahannya. Masing-masing  mempunyai isu tersendiri. Apa-apa pun, kita tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak kerana hanya mereka sahaja yang tahu apa yang terjadi sebenarnya.
loading...
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment