IKLAN

Dah 9 Tahun Saya Kawan Dengan Dia - Zukieeeee


Baru baru ini kecoh pasal isu peserta super spontan sailang ‘gf’ kawan baik sendiri. Rata rata netizen memberi komen yang negatif buat pasangan ini kerana merasakan perbuatannya tidak patut.

Lagi Gambar

Namun, melalui post terbaru di Instagram miliknya, Zukie tampil memberi penjelasan sebenar mengenai isu ini. Apa cerita sebenarnya?

Lelaki itu bukan kawan saya


Apabila saya mendongak ke langit semalam , baru saya sedar yang langit itu tinggi , bila saya memandang sekeliling saya baru saya sedar yg nikmat Allah itu luas , bila saya mengimbas hidup saya yg dulu , baru saya sedar segala galanya adalah milik Allah . Saya bersumpah dengan nama Allah keatas diri saya , apa yang diperkatakan adalah sangat tidak benar . saya tidak mengenali beliau seperti yg diperkatakan , sumpah demi Allah ke atas diri saya , saya pernah berjumpa lelaki itu tidak lebih 4 kali seumur hidup saya ,dan saya tidak pernah menganggap dia kawan saya kerana kesombongan beliau sejak pertama kali berjumpa .

Saya mengenali Farah lebih 9 tahun

Saya tidak menyeru untuk mempercayai saya . saya percaya ini dugaan dari Allah untuk saya , ini semua berlaku atas kejahilan saya sendiri , saya tidak mahu menunding jari menyalahkan mana mana pihak .Jangan kecam kawan saya jamal kerana dia tidak bersalah dalam hal ini . hal ini memberi impak yang besar kepada Farah Anis dan keluarganya . setiap masa farah menangis kerana dikecam , keluarga nya juga mendapat kecaman . biar lah dia tak cantik, gemok , hitam , tapi saya mengenali dia lebih dari 9 tahun , membuatkan saya tidak berfikir panjang untuk memilih dia adalah hati dia , cantik tidak memberi kebahagiaan , hati yang saya lihat. kepada penyokong saya , jangan lah mengecam pihak lelaki itu , tunaikan hak dia untuk bercakap pasal saya dan farah.

Kebenaran pasti datang

Ini berlaku atas kejahilan saya sendiri , saya yang berani mengambil risiko dari mula saya naik , biar saya yang bertanggungjawab atas semua ini , saya tidak mahu anda bergaduh sesama sendiri disebabkan hal ini, saya bangkit bukan untuk membela Nama saya, kerana nama saya adalah bonus dalam hidup saya, saya tidak pernah mengidamnya , ini rezeki dari Allah ..saya akan bangkit kerana nama farah , saya tidak sanggup melihat dia yang menerima segala kutukan, bukan dia yang bersalah tapi saya , sailang , tunang , member sendiri , saya berani bersumpah dengan Nama Allah ke atas diri saya ianya tidak betul . sabar , saya tidak ada kemampuan untuk melawan kerana saya lemah . tapi satu saja yang saya boleh cakap kepada semua dan terutama kepada diri saya sendiri iaitu KEBENARAN PASTI AKAN DATANG . insyaAllah
loading...
Sumber : zukieeeee / ohbulan
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment