IKLAN

Beli Undi Sebab Nak Menang Di Anugerah Planet Muzik ?

Tanggal 30 September lepas, Anugerah Planet Muzik 2016 telah berlangsung di MES Theater at Mediacorp, Singapore. Malam berkenaan, menyaksikan beberapa artis daripada Malaysia, Indonesia dan Singapura menerima penghargaan terhadap karya mereka


Ayda Jebat menang besar pada malam tersebut dan meraih tiga anugerah iaitu Artis Paling Popular APM, Lagu Paling Popular (Pencuri Hati) dan Ikon Media Sosial.
Walaubagaimanapun, kemenangan Ayda itu dipertikaikan sesetengah pihak dan ia adalah kerana pembabitan syarikat kosmetik House of Dre selaku penaja bersama acara itu.
Namun, menurut pengasas House of Dre iaitu Datuk Rafiena, kemenangan Ayda adalah hasil kerja keras beliau sendiri.
Untuk APM 2016, kami menaja siri produk spa keluaran House Of Dre, bukan siri wangian yang membabitkan Ayda. Secara jelasnya Ayda tidak wajar dikaitkan dengan kami selaku penaja bersama kerana Ayda tidak ada kena mengena dengan siri produk spa keluaran kami.
Ayda  pula ketika ditemui menyifatkan kemenangannya itu adalah hasil kerja keras  dan sokongan kelab peminatnya, AJ Screamers yang mengundi.
Mereka lakukan segala-galanya termasuk sanggup tidak tidur untuk terus mengundi saya. Mereka memang luar biasa.  Tidak adil untuk mempertikaikan kemenangan dan bising-bising kalau tidak berusaha atau dalam kata lain tak mengundi.
Klik Untuk Gambar Lagi..
loading...

Anggap sahaja mereka yang mempertikaikan kemenangan anda itu sebenarnya cemburu melihat kejayaan dan populariti yang sudah anda kecapi.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment