IKLAN

"Azizan Osman Is Back !!!" CUCST Pula Nafi Azizan Sedang Buat PhD.

City University College of Science and Technology (CUCST) menafikan penceramah motivasi, Azizan Osman sedang menjalani pengajian (penyelidikan) di peringkat Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Peniagaan di institusi itu.
CUCST berkata, institusi berkenaan memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan reputasi CUCST dan berharap pihak media menjelaskan kekeliruan tersebut kepada orang ramai.

“CUCST ingin menjelaskan ketidaksahihan artikel melalui laman satu blog yang menyatakan Azizan sedang menjalani pengajian (penyelidikan) di peringkat Ijazah Kedoktoran Pentadbiran
Peniagaan keduanya dengan institusi kami.
“Kami berharap melalui kenyataan akhbar ini dapat menjelaskan kekeliruan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

loading...

Sebuah laman blog baru-baru ini memetik satu sumber sebagai berkata, Azizan kini sedang menjalankan penyelidikan dan penulisan tesis bagi melengkapkan pengajian PhD keduanya.
September lalu, tiga universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) menafikan menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD yang membawa gelaran Doktor kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.
Azizan bagaimanapun mengeluarkan kenyataan melalui syarikatnya dengan mengakui telah memenuhi syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom dan konvokesyen akan berlangsung dalam masa terdekat selain memiliki kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Pengakuan itu tidak berhenti di situ, apabila netizen di dalam dan luar negara terus menjalankan siasatan dan mendapati Universiti Gordon yang dinyatakan Azizan adalah tidak wujud manakala University of Herfordshire menafikan menganugerahkan PhD kepada individu yang bernama Azizan Osman dan tidak terdapat nama berkenaan dalam rekod pencarian institusi itu.
Selepas hampir tiga minggu pendedahan mengenai kelayakan akademik pakar motivasi, Azizan Osman, sehingga kini tiada penjelasan sebenar daripada empunya badan sebaliknya terus memberikan ceramah kepada yang sudah mendaftarkan diri dalam program dikelolakannya.
sumber : MYEWSHUB.CC
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment