IKLAN

"Aaron Aziz Jadian Hina Jenazah HSA"

MEMANG bukan suatu perkara yang baharu apabila terjadinya sesuatu bencana di Malaysia pasti kedengaran status-status kurang matang dikongsikan oleh remaja kita menerusi media sosial.

Kali ini, status yang dimuat naik oleh seorang remaja dengan wajahnya seiras aktor Aaron Aziz yang bukan sahaja tidak matang, malah boleh dikatakan melampau.

Menurut remaja itu, kejadian kebakaran yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada pagi ini merupakan suatu bala atau malapetaka.
“Bukan nak cakap mulut jahat tapi tu la bila dah terlalu riak dan angkuh, Allah dah tunjukkan satu persatu lepas kalah AFC dan sekarang yang ini (hospital terbakar) pulak.
“Sesungguhnya Allah membenci golongan yang riak dan angkuh ni sehingga Allah kirimkan satu bala ke atasnya,” tulis netizen itu
Dia turut mengatakan konon punca kekalahan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di tangan sebuah kelab dari negara India ketika Piala AFC baru-baru ini adalah disebabkan sikap angkuh sesetengah ‘Bangsa Johor’.
Nampak benar ada rasa tidak puas yang membuak di jiwanya.
Hakikatnya, status pemuda ini bukan sahaja tidak menghormati jenazah dan keluarga arwah, malah menunjukkan tahap mentaliti yang gamaknya gemar ‘menunggang agama’ di kala melihat kesusahan dan kesedihan yang dihadapi oleh orang lain.
Biarpun niatnya mungkin ingin mengingatkan orang ramai, namun apabila berkait dengan kematian, ia bukan lagi urusan kita dan setidak-tidaknya pasti ada lagi perkara yang indah dan sedap untuk diungkapkan.
Bukannya seperti status yang jelas menonjolkan ciri-ciri seorang ‘ustaz segera’ yang tidak prihatin menerusi laman sosial.
loading...
Harap pemuda ini sedar dan tampil memohon maaf kepada semua pihak – MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment