IKLAN

"Zila Seeron Menyorok Belakang Almari Ketika Diserbu"


Bekas isteri Along Cham, Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat. Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu. Azzeman turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin, 32, yang bukan suami-isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki itu di Blok A-15-2, Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
zila seeron
Menurut fakta kes, anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) melakukan pemeriksaan berdasarkan aduan orang awam di satu unit apartment beralamat di A-15-2, Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
Pada pukul 6.56 pagi, anggota penguatkuasa telah menekan loceng, mengetuk pintu apartment tersebut sambil memberi salam lalu seorang lelaki tidak memakai baju memaklumkan bahawa rakannya tidak memberi keizinan untuk membuka pintu berkenaan.
Anggota penguatkuasa bagaimanapun memberi amaran akan memecahkan pintu sekiranya penghuni apartment gagal memberikan kerjasama.
Selepas beberapa minit berlalu, penghuni tersebut masih enggan memberikan kerjasama dan hanya membuka sedikit pintu utama serta memaklumkan tidak akan membukanya. Baca artikel ini sepenuhnya untuk fakta kes penuh. Sumber Mstar Online.
Pada pukul 7.10 pagi, pihak penguatkuasa mula memotong mangga besi pada pintu jeriji apartment tersebut.
Setelah berjaya memasukinya seorang lelaki berdiri berdekatan kerusi di meja makan.
Hasil pemeriksaan, lelaki tersebut dikenali sebagai Mohd Khairul Azizi Burnahudin iaitu tertuduh lelaki yang ketika itu memakai baju berwarna hitam dan berseluar panjang berwarna hitam.
Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati terdapat seorang perempuan yang sedang berdiri dan bersembunyi di belakang almari bilik dengan memakai baju T berwarna putih bercorak bunga dan berseluar panjang berwarna kelabu tanpa memakai tudung.
Anggota penguatkuasa seterusnya mengarahkan perempuan itu keluar dari tempat persembunyian dan bergerak ke ruang tamu dan hasil siasatan perempuan tersebut dikenali sebagai Nur Azilah Seeron.
Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua beragama Islam dan tiada hubungan mahram serta bukan suami isteri.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment