IKLAN

Siti Elizad Bermesra Dengan Amar ?


Tidak mudah melatah dengan teguran yang ditinggalkan di laman sosial, Siti Elizad dalam masa yang sama memohon maaf sekiranya terdapat aksi mesra di antara dirinya dan Amar Baharin dalam drama lakonannya mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak.


“Jujurnya, saya mengambil perkara ini secara positif. Baik atau buruk komen yang diberi, semua itu hak mereka dan ia tidak mengganggu saya sebagai pelakon. Saya menghormati komen terbabit kerana mereka juga sebahagian daripada penonton yang menaikkan rating tontonan drama ini”



“Bagaimanapun, saya memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan lakonan mesra itu,” katanya. Rata-rata peminat berasa kurang selesa apabila melibatkan babak Elizad dan juga Amar berduaan di atas katil.
Sementara itu, memetik kenyataan Elizad kepada BH Online, suaminya sudah memberikan restu bagi setiap kerja dilakukannya. Apa pun, semoga kerjaya Elizad dalam bidang lakonan akan terus berkembang dan mendapat sokongan peminat. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment