IKLAN

"Remaja 18 Tahun Saman Ibu Bapanya" Korang Mesti Tak Percaya Apa Sebabnya...


Seorang gadia berusia 18 tahun telah menggambil tindakan mahkamah terhadap ibu bapanya kerana ibu bapa telah berkongsikan gambar memelukan beliau sewaktu kecil di facebook sejak 2009 tampa kebenarannya.

Kejadian Berlaku di Carinthia Austria, gadia yang tidak dinamakan itu menjadi bosan dengan tindakan ibu bapanya kerana keengganan mereka untuk memadamkan gambar-gambarnya, ibu padanya mula berkongsikan gambar-gambar itu ketika dia berusia 11 tahun.

"Mereka tahu saya merasa malu dengan perbuatan meraka, tapi meraka tidak ambil peduli sama ada itu adalah gambar saya duduk di dalam tandas atau berbaring telanjang di katil saya," kata plaintif muda itu.

Gadis itu berkata, dia hanya dapat melihat gambar-gambar yang disiarkan di Facebook ibu bapanya apabila dia berusia 14 tahun, selepas membuka akaun sendiri di rangkaian sosial yang paling popular di dunia.

Dia sudah memberita kepada ibu bapanya untuk memadamkan gambar-gambar yang meraka postkan di facebook, tetapi ibu bapanya enggan membuat demikian malah mereka terus berkongsikan gambar-gambarnya, membuatkan anaknya menggambil tindakan di mahkamah "Saya bosan ibu bapa saya tidak diambil serius pekara ini," katanya.

Peguamnya, Michael Rami, mendakwa mereka mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kes ini di mahkamah, jika ia boleh membuktikan bahawa imej-imej itu telah melanggar hak-hak kehidupan peribadi anmak guamnya. Hakin akan mendengar hujah-hujah kes ini pada bulan November, ini merupakan kes pertama berlaku di Austria.

Tetapi, berdasarkan kes-kes yang serupa dan mengikut undang-undang privasi Austria, jika ibu bapa kalah dalam kes ini, mereka mungkin terpaksa membayar kepada anak perempuan mereka pampasan yang agak besar serta denda pentadbiran 3,000 - 10,000 euro (RM13,890 - RM 46.301).

"Ini adalah anak saya dan gambar-gambar adalah sebahagian daripada album indah keluarga kami yang  diterima dengan baik oleh rakan-rakan Facebook kami," kata bapanya.

Menurut laporan, selepas anak berusia 18 tahun dia telah berpindah keluar dari rumah ibu bapanya dan tinggal bersama rakan-rakan perempuan di apartmen yang disewa
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment