IKLAN

Perempuan Separuh Bogel Promo Kedai Emas?


Memalukan. Sebuah syarikat barang kemas yang popular di Hong Kong, Chow Luk Fook telah dikecam hebat kerana memaksa pekerja wanitanya mendedahkan dada semata-mata untuk menjual barang kemas di kedai tersebut.
Ia mencetuskan kemarahan ramai kerana ia merupakan satu cara yang tidak masuk akal untuk melariskan perniagaan.
“Pemilik kedai patut berasa malu.
“Menyedihkan. Jualannya sangat teruk hinggakan ia tidak mampu membelikan pakaian seragam untuk pekerjanya,” demikian antara cemuhan netizen terhadap perbuatan melampau tauke kedai terbabit.
Menurut Apple Daily, ia bukan kali pertama syarikat tersebut menggunakan wanita bogel untuk mempromosikan barang kemasnya.
Ketika pembukaan kedainya di Shenzen pada 2013, beberapa wanita bogel yang dicatkan dengan pelbagai warna telah dipamerkan di situ. – mynewshub.cc
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment