IKLAN

"Move On Laaa" Emma Maembong Kurang Selesa Dijadikan Bahan Lawak Zizan Razak


Baru-baru ini, Emma Maembong ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kurang selesa apabila dijadikan bahan lawak Zizan Razak ketika mengacara kerana mereka berdua sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.
Berikut antara kenyataan Emma :-
Kami sama-sama dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada mesti nak kena ‘bahan’ (mempersendakan) saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut (nama) tapi orang semua tahu ianya seperti dituju kepada saya.
Saya pun dah tutup mulut tetapi sampai sekarang ni (dia) masih nak ‘bahan’ saya dan saya rasa perkara itu tidak bagus sebab saya dan keluarga saya pun ada perasaan juga.
Ditanya oleh wartawan mengenai luahan Emma, Zizan bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen mengenainya.
Saya faham awak ditugaskan untuk bertanyakan tentang perkara ini tetapi saya minta maaf, saya tiada apa-apa nak komen berhubung perkara itu.
Zizan juga tidak mahu memberikan sebarang kenyataan lanjut apabila ditanya adakah beliau akan merasa risau jika isu ini berpanjangan.
Dalam berjenaka kadang-kadang Zizan kena jaga sensitiviti sesetengah pihak. Jika Emma tidak merasa selesa kerana terus menjadi bahan lawak Zizan, adalah lebih baik untuk beliau tidak mengulangi perkara itu lagi. Saling menghormati betul tak?
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment