IKLAN

MH17 Ditembak Peluru Berpandu Dibawa Dari Rusia


NIEUWEGEIN, Belanda – Peluru yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 di timur Ukraine dua tahun lalu, dibawa ke kawasan berkenaan dari Rusia.

Penemuan yang cukup memeranjatkan itu diumumkan sendiri oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) diketuai Belanda di sini, sebentar tadi.
“Berdasarkan siasatan jenayah, kami merumuskan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK siri 9M83 yang dibawa masuk dari wilayah Russia,” kata Ketua Penyiasat Polis Belanda, Wilbert Pualissen.
Kata beliau, peluru berkenaan dikesan memang dilancarkan dari sebuah perkampungan yang nyata dikuasai oleh kumpulan pemberontak, Pervomaysk dan diketahui sebagai pro-Rusia.
Pualissen menambah, sistem pelancar peluru berpandu itu setelah selesai melakukan misi penembakan “kemudiannya dibawa pulang semula ke Rusia.” – BH Online
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment