'MASA JADI ISTERI PUN KENA PAU, DAH JADI BEKAS ISTERI PUN KENA PAU' - maitengoklah!

IKLAN

'MASA JADI ISTERI PUN KENA PAU, DAH JADI BEKAS ISTERI PUN KENA PAU'



Dalam laporan Sinar Harian pada 1 September lepas, seorang suami di Bukit Mertajam telah dibelasah oleh isterinya kerana tidak memberikan wang yang diminta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata siasatan awal mendapati isterinya itu meminta wang daripada mangsa yang baru pulang kerja untuk membayar hutang namun mangsa memaklumkan dia tidak ada wang. Akibatnya, suami telah dibelasah.


Ini antara penganiayaan isteri terhadap suami yang dipaparkan dalam berita. Sebenarnya, ada banyak lagi kes seperti ini di mana suami terpaksa tunduk kepada kemahuan isteri, dan jika tidak dapat apa yang diminta, suami akan dibelasah sama ada dalam bentuk fizikal, atau emosional.

Penganiayaan emosional inilah yang telah membelenggu nasib seorang ahli perniagaan muda ternama yang terpaksa mengharungi alam perkahwinan yang penuh masalah. Masalah-masalah ini datang daripada isteri dan juga keluarga isteri sendiri.

Setelah bercerai pun, ahli perniagaan ini masih terpaksa mengharungi pelbagai tekanan, hasutan, hasad dengki serta pelbagai tindak-tanduk jahat yang dirancang keluarga isteri yang mahu membolot harta dan wang syarikat.

Kisah keluarga isteri ini telah banyak didedahkan secara umum, terutamanya apabila berita perceraian dan kes pukul terpapar di dada akhbar dan blog-blog tempatan.

Mereka yang rapat dengan ahli perniagaan ini enggan mempercayai apa yang direka oleh pihak bekas isteri, kerana mereka sendiri tahu
ahli perniagaan ini adalah seorang yang terlalu baik hati.

Menurut cerita kakitangan syarikat, ahli perniagaan ini akan mengeluarkan wang sakunya sendiri sekiranya ada kakitangan yang memerlukan bantuan, terutamanya jika ada ahli keluarga yang sakit atau memerlukan rawatan.

Sikap baik hatinya itu terbawa-bawa sehingga beliau mahu menolong setiap orang yang memerlukan bantuan. “Datuk tak boleh tengok orang susah,” ujar seorang kakitangan syarikat yang telah lama bekerja dengan syarikat.

Atas budi baik inilah beliau turut mengambil beberapa orang adik-beradik, termasuk juga adik ipar bekas isterinya untuk bekerja di syarikat.

Ketika ini pasangan ini masih lagi bergelar suami isteri. Kalau ipar sendiri tidak boleh tolong, siapa lagi yang mahu tolong?

Namun, keluarga bekas isteri telah banyak mengambil kesempatan.

Mereka sering menghabiskan wang syarikat untuk hidup mewah, dan kerapkali meminta ahli perniagaan ini membantu mereka.

Bantuan ini bukannya untuk rawatan kesihatan, tapi untuk mereka hidup bermewahan.

Ini termasuklah perbelanjaan sekolah antarabangsa untuk anak-anak, tiket-tiket kelas perniagaan untuk keluarga bekas isteri bercuti di luar negara.

Dengar cerita, bayaran ansuran rumah adik ipar yang bernilai jutaan ringgit turut dibayar oleh ahli perniagaan ini.

Apabila semua bantuan ini dihentikan, pelbagai helah digunakan oleh keluarga bekas isteri ini untuk memburukkan nama dan reputasi ahli perniagaan ini. Tidak cukup dengan itu, mereka turut menyerang ahli keluarga ahli perniagaan ini dengan pelbagai jenis tuduhan.

Ahli perniagaan ini hanya mahu membantu. Mungkin beliau sedar yang ahli keluarga isterinya ini tidak boleh bekerja di syarikat lain kerana tiada kelayakan, atau memang mereka tiada pengalaman bekerja langsung. Namun apabila diambil bekerja di syarikat, macam-macam pula berlaku.

Adik lelaki isteri diambil bekerja demi membantu keluarga ini mencari rezeki halal. Namun, adik lelaki isteri ini tidak menunjukkan prestasi yang baik di pejabat.

Kakitangan syarikat mula mengadu kepada pengurusan kerana beliau kerap menghisap ganja di pejabat. Akibatnya, beliau telah dibuang kerja.

Sebelum itu, ahli perniagaan ini pernah memberi peluang kepada adik lelaki isterinya untuk berniaga.

Syarikat dibuka, modal diberi; namun syarikat lingkup kerana pengurusan yang teruk.

Ibu isteri pula berlagak seolah-olah syarikat itu miliknya sendiri. Ibu sesuka hati membawa masuk kawan-kawannya bekerja di syarikat tersebut.

Beliau juga mahukan layanan istimewa, seolah-olah beliaulah CEO syarikat.

Apabila ahli perniagaan ini tidak mahu isteri dan keluarga mencampuri urusan syarikat, beliau telah memberi peluang kepada isteri untuk menguruskan syarikat sendiri.

Sama juga kesnya. Syarikat dibuka, modal diberi; namun syarikat isteri turut lingkup kerana pengurusan yang sangat teruk, terutamanya pengurusan kewangan.

Adik ipar isteri turut diberi peluang bekerja di syarikat, dengan jawatan yang tinggi.

Namun apabila tiada pengalaman bekerja dan tidak pernah hidup susah, adik ipar ini akhirnya turut dibuang kerja.

Dengar cerita, adik ipar isteri telah mengakibatkan syarikat mengalami kerugian hampir RM500,000 akibat kecuaiannya mengendalikan urusan pengiklanan syarikat.

Setelah dibuang kerja, adik ipar ini tetap mahu meneruskan kehidupan mewahnya dengan berhutang sana-sini, terutamanya daripada rakan-rakan ahli perniagaan ini sendiri.

Beliau juga masih lagi kerap meminta wang dari ahli perniagaan ini, termasuklah untuk bayaran rumah, kos memperbaiki kereta dan yuran pendidikan anak di sekolah antarabangsa. Mengarut sungguh.

Ada pihak yang percaya bahawa sebenarnya adik ipar isteri inilah yang menghasut seluruh keluarganya untuk terus “pau” duit dari ahli perniagaan tersebut.

Mereka tidak akan berhenti selagi tidak dapat apa yang mereka idamkan.

Walaupun ahli perniagaan ini telah menawarkan pelbagai bentuk nafkah dan imbuhan untuk bekas isterinya, bekas isteri masih berdegil untuk meneruskan saman yang melibatkan ratusan juta ringgit.

Mungkin atas sebab inilah tiga peguam syariah yang sepatutnya mewakili beliau telah menarik diri.

Baru-baru ini diceritakan bahawa waran tangkap telah pun dikeluarkan terhadap bekas isteri kerana gagal hadir di mahkamah, dan gagal menuruti perintah mahkamah untuk membawa anak-anak ke mahkamah. Dengar cerita juga, kini bekas isteri sedang bersembunyi. Entah apa lagi rancangan jahat yang sedang mereka rangkakan bersama.

Setelah keluarga bekas isteri tidak lagi mencampuri urusan syarikat, ramai kakitangan syarikat yang merasa lega.

Suasana bekerja di syarikat bertukar dari ketakutan kepada kegembiraan.

Urusan perniagaan berjalan lancar, dan kakitangan syarikat mula merasakan perubahan positif yang berlaku dalam syarikat.

“Walaupun ekonomi masa kini kurang baik, namun alhamdulillah, perniagaan syarikat semakin maju,” ujar seorang kakitangan syarikat.




Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment