IKLAN

(Gambar) Pelakon Drama "Sayangku Kapten Mukhriz" Mengaku Tidur Bersama?



Nampaknya pelakon drama bersiri berjudul Sayangku kapten Mukhriz dikejutkan dengan gosip mengatakan pelakon utama drama tersebut tidur bersama.

Pelakon Nina Baharun dan Raja Afiq dikatakan tidur bersama apabila berita tersebut tersebar melalui whatsapp group yang menjadi bualan ramai.

Melalui whatsapp group itu, Nina memberitahu Raja Afiq ada bersamanya.

Namun Nina Baharun pantas menafikan berita tersebut dan mengatakan perbualan whatsapp itu adalah palsu semata-mata.

Bagi Nina, ternyata perkara itu FITNAH besar dan dugaan buatnya.



Ini komen Nina:

"Saya tidak menjangka perkara ini akan berlaku, saya tidak pernah menyertai mana-mana grup WhatsApp bersama peminat-pemiant seperti yang tersebar itu melainkan grup berkaitan kerja yang dibuat oleh pihak produksi.

"Saya harap orang yang cuba fitnah saya itu diberi hidayah dengan apa yang telah dilakukan itu,"

"Saya tidak berani nak tuduh atau syak siapa-siapa, takut timbul fitnah lain pula. Saya berserah sahaja dan berharap peminat-peminat dan orang luar tidak mempercayainya,"

"Alhamdulillah perkara itu tidak menganggu saya untuk memberi fokus kepada kerja. Sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran dokumentari berjudul Ceritaku yang bakal bersiaran tidak lama lagi,"


Sumber: mStar

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment