IKLAN

"Benda Tu Ikut Balik Dari Morib Sampai Ke Penang"

‘Mommy janji tak pergi dah tempat ni..’ – demikian yang diluahkan seorang wanita bernama Fasha Jasmin yang sesal memilih untuk menginap di sebuah hotel yang terletak di Morib, Banting, Selangor.


Apa tidaknya, percutian yang disangkakan akan memberi memori indah bertukar jadi pengalaman ngeri yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Cerita seramnya bermula apabila wanita ini check-in di sebuah bilik hotel bernombor 2631.
“Hanya tinggal kenangan.. bilik 2631 memang seram..kesian Raudah kena kacau.. maafkan mommy… mommy tak pergi dah tempat ni,” tulisnya di laman Facebook.
Menurut wanita ini, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik anaknya yang berusia setahun tidak henti-henti menjerit dan menangis.
Anehnya, situasi anaknya itu berlanjutan selama tiga jam dari pukul 5 petang hingga 8 malam. Dek kerana itu, Fasha dan suami ambil keputusan pulang ke rumah mereka di Pulau Pinang.
Pun begitu, kejadian tidak terhenti di situ.
Dakwa Fasha, entiti itu turut mengikutnya pulang hingga menyebabkan pelbagai insiden aneh dan mistik berlaku.
Antaranya, mereka sesat hingga tidak boleh keluar lebuh raya dan anaknya makan ketika tidur.
“Kitorang sesat tak boleh keluar highway.. dah keluar highway anak aku boleh dalam tidur ambil keropok makan.. aku rasa bukan dia dah.. pastu aku peluk dia.. camne kaki anak aku ada kat handbreak..???
“Aku nampak kat kereta orang lain sebelah aku.. aku fikir positif la ingat perasaan.. rupanya betol dia ikut.. huhu.
“Dah smpai rumah.. aku kat bawah laki aku kata aku main tangga.. bila aku naik atas.. mak aku yang kat bawah ingat aku main tangga plak.. adakah hantu tu berlakon jadi aku.. scary weh,” tulisnya.
Difahamkan, anak Fasha kini sudah pulih semangatnya setelah dibawa berubat dan diberikan air penawar.
sumber : Fasha Jasmin
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment