Akhirnya Polis Dedah Motif Mangsa Di Buli Dan Dipukul Di Sekolah Agama - maitengoklah!

IKLAN

Akhirnya Polis Dedah Motif Mangsa Di Buli Dan Dipukul Di Sekolah Agama


KOTA KINABALU: Pergaduhan antara dua murid sekolah yang menjadi viral di media sosial dikatakan tercetus akibat tindakan mangsa mengusik mengenai arwah bapa pembulinya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden berkata, kedua-dua pelajar berumur 12 tahun itu yang kini sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dipanggil untuk memberi keterangan.

span style="font-size: large;">
Tambahnya, ibu bapa mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli yang berlaku pada 30 Ogos lalu.


“Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa saksi,” kata Rosley.


Beliau berkata, pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya.


“Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” tambah beliau.


Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.


Menerusi video tersebut, dua murid lelaki terbabit yang berpakaian uniform baju Melayu, dilihat bersemuka antara satu sama lain sambil diperhatikan rakan sekelas lain.


Pembuli kemudiannya mula bertindak ganas dengan menendang, menampar, menumbuk dan melemparkan kerusi ke atas mangsa selain turut mencekak leher mangsa.


Mangsa dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba bangkit, pembuli tersebut terus memukulnya.


Bagaimanapun mangsa langsung tidak melawan atau dibantu oleh rakan sekelasnya yang lain.


Malah kedengaran beberapa murid ketawa melihat aksi buli itu.


KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terpaksa menanggung derita dan kesakitan akibat dibelasah oleh pelajar senior berusia 15 tahun. 

Dalam kejadian di sebuah sekolah di Taman Cheras Jaya, mangsa mengalami patah kaki, kecederaan buah pinggang serta jangkitan kuman. 

Ibu mangsa, Liza Yusof, kesal dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap anaknya itu. 

"Sebagai ibu bapa, amat pilu dan sedih dengan apa yang berlaku. Kami berharap, anak kami mendapat keadilan yang seajarnya dari pihak berkuasa," katanya. 

Mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital yang tidak dinyatakan tempatnya dan difahamkan semakin beransur pulih
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment