IKLAN

Aidil Aziz Ditahan Polis Kerana Tanam Pokok Ganja Dan Miliki Senjata Berbahaya?

Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz telah ditahan pihak polis pada jam 12.40 tengah hari semalam kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berbahaya.

Menurut portal Astro Gempak, sebuah pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam dalam pasu serta dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki ganja. Malah, mereka juga menemui sebuah pengisar yang mengandungi daun kering dipercayai ganja.
Antara barangan lain yang dirampas ialah lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok ganja, tujuh bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, tiga buku lima, empat pucuk pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM25,000 dan kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Dua  lagi suspek yang ditangkap bersama Aidil ialah seorang penganggur Omar Sayeed Ghulam Mohammad, dan  seorang pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez.
Mereka semua telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment