Video: ‘Taubat Tak Nak Beli Kicap Manis Jenama Ini’ - maitengoklah!

IKLAN

Video: ‘Taubat Tak Nak Beli Kicap Manis Jenama Ini’


SEORANG wanita tidak menyangka kicap soya pekat yang akan digunakan untuk masakan, rupa-rupanya bercampur dengan bangkai cicak.

Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari Puan Nurul Azwa ketika ingin membukanya untuk memasak.
Kejadian hari ini (semalam). Selalu kena pada orang lain tetapi hari ini terkena pada diri, terus rasa pening dan nak muntah semua pun ada.
Konon nak masak resepi ayam masak kicap hari ini. Dah sediakan semua bahan bagai. Duk bagi ubi empuk, kemudian bila nak tuang kicap manis jenama terkenal ini, tengok-tengok ada bendasing di dalamnya. Bila diperiksa, CICAK!
Habis lempar satu periuk punya lauk. Dapur pun tak berasap gara-gara penemuan cicak dalam botol kicap ini. Terpaksa makan nasi bungkus saja hari ini. Taubat tak nak beli kicap manis jenama ini,” tulis di pautan Facebook miliknya.
cicak6
cicak4
Azwa turut memberitahu kicap jenama terkenal itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan insiden sama membabitkan penemuan bangkai cicak beberapa tahun lepas.
Susulan itu, netizen di media sosial meminta agar mangsa melaporkan terus ke pihak berwajib dan pengeluar kicap jenama berkenaan sehingga kini masih tidak memberi apa-apa kenyataan berkenaan insiden ini. – MYNEWSHUB.CC

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment