SUAMI BUAT SEKS GANAS !! DAH LA TAMPAR, DI CEKIK PULA... - maitengoklah!

IKLAN

SUAMI BUAT SEKS GANAS !! DAH LA TAMPAR, DI CEKIK PULA...


SIBU: Angkara tidak mampu melayan nafsu terlampau dan sering dikasari suami di ranjang, seorang ibu beranak tiga tampil membuat laporan polis di sini tengah hari semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi semalam, pengadu, 29 mendakwa diajak oleh suaminya untuk mengadakan hubungan seks, namun dia menolak kerana ‘datang kain.’

Tanpa memahami perasaan seorang wanita, pengadu mendakwa dia terus ditolak ke atas katil dan dipaksa untuk memenuhi kehendak suaminya.

Pengadu mendakwa, suaminya, 31, turut bertindak mencekik dan menamparnya selepas dia enggan mengadakan persetubuhan pada masa yang tidak sesuai.

“Ini bukan kali pertama dia bersikap begitu (kasar) tanpa mengira masa,” kata pengadu.

Patah hati dengan sikap ganas suami, pengadu mengambil keputusan keluar dari kediaman sebelum meminta dua rakan sekolahnya dahulu untuk menemaninya membuat laporan polis di sini.

Menurut mangsa, dia membuat laporan polis kerana bimbang sesuatu tidak diingini berlaku terhadap dirinya dan anak-anaknya jika suaminya tidak berubah sikap.

Difahamkan, pengadu telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya sejak 10 tahun lalu dan dikurniakan tiga orang anak berumur antara dua dan sembilan tahun.

Pengadu memberitahu, dia akan pulang ke kampung halamannya di Kapit untuk mencari ketenangan sambil memikirkan sama ada penceraian mungkin mampu menjadi penyelesaian terbaik baginya.

Kesemua anak-anak pengadu kini di bawah jagaan keluarga suaminya.

Bagaimanapun, pengadu memberitahu suaminya yang bekerja sebagai mekanik tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan ketua keluarga dengan memberi nafkah sebanyak RM1,000 sebulan untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.

“Saya sudah tidak tahan lagi dengan sikap suami yang keterlaluan malah tidak menghormati saya sebagai seorang isteri,” keluhnya sedih.

Difahamkan, suami pengadu turut dipanggil ke balai kemudian untuk membincangkan masalah dan masa depan keluarga kedua-dua belah pihak.

-Borneo Post
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment