IKLAN

GEMPAR, Lelaki Ini "PROJEK" Dengan Anjing. Padan Muka Kena Belasah


CHINA: SEORANG lelaki dari bandar Chengdu, wilayah Sichuan, dibelasah oleh aktivis pencinta haiwan setelah perbuatan terkutuknya bers3tubuh dengan anjing terbongkar.

Menurut laman berita People’s Daily, mangsa diseret dalam keadaan bogel dari dalam rumahnya oleh aktivis berkenaan yang marah dengan tindakan tidak bermoralnya itu.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya didakwa kerana melakukan penganiayaan terhadap haiwan di samping mengedarkan video aksinya untuk tujuan ‘profit’.

Bagaimanapun, menurut salah seorang daripada aktivis yang berada di tempat kejadian, Jiang Yun, mangsa bukan dipukul oleh anggota aktivis pencinta haiwan namun oleh jiran tetangganya sendiri.

“Mereka mengheretnya keluar dari rumahnya selepas kami (aktivis) menemui bukti atas perbuatannya itu,” katanya.

Jelas Jiang, salah seorang aktivis telah menyamar dan menghubungi lelaki berkenaan setelah dia nekad memuat naik video perbuatannya itu ke laman ‘chatting’ yang dianggotai oleh 200 orang.

Manakala menurut laman Chengdu Economic Daily, jejaka berkenaan turut mengenakan bayaran 50 yuan (RM30) bagi siapa yang ingin bers3tubuh dengan anjing betina itu.

Anjing-anjing yang menjadi ‘mangsa pemerkos+an’ itu telah dibawa ke hospital haiwan sebelum dihantar ke pusat penjagaan untuk ditawarkan sebagai ‘anak angkat’.

Menurut peguam yang berpangkalan di Sichuan, Huo Zishi; kemungkinan bahawa lelaki itu akan dihukum di bawah undang-undang jenayah kerana menyebarkan por+nografi bukannya menganjurkan rumah pel+curan.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment