Rumah Syafiq Rahim Dipecah Masuk Pencuri - maitengoklah!

IKLAN

Rumah Syafiq Rahim Dipecah Masuk Pencuri

Bapa kepada kapten JDT itu, Rahim Mohd Yatim berkata kejadian itu hanya disedari selepas
seorang jiran Safiq menghubunginya kerana curiga pintu depan kediaman anaknya terbuka
pada kira-kira jam 6.15 petang.

Susulan panggilan telefon itu, Rahim yang
menetap di Bestari Jaya di sini pergi ke Kota Puteri dan mendapati kediaman anaknya dalam
keadaan berselerak.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata ada kesan umpil pada
tingkap dan tiga bilik di kediaman dua tingkat itu.

“Setakat ini polis belum mengenal pasti jumlah kerugian mangsa,” katanya dipetik daripada
Utusan Malaysia.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pecah
rumah dan mencuri.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment