Kenapa sampai macam ni YB YB semua… Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan - maitengoklah!

IKLAN

Kenapa sampai macam ni YB YB semua… Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan

Pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki mengkritik pihak berkuasa susulan laporan seseorang yang mengkritik kerajaan boleh dihalang daripada keluar negara
Afdlin dalam catatan Facebook membantah langkah itu dan berkata kerajaan tidak sepatutnya menekan rakyat macam budak-budak tak berakal.

“Mintak maaf, tapi bukankah demokrasi itu bermakna rakyat berhak bersuara jika ada yang tak kena dengan kerajaan?” katanya.

Beliau mempertikaikan adakah negara ini hak kerajaan sahaja, dan membidas kenyataan yang mengatakan pasport Malaysia merupakan satu keistimewan, bukannya hak.

Beliau berkata kenyataan seperti itu seolah kerajaan mahu mengatakan bahawa rakyat tidak ada hak sebagai warganegara untuk mempunyai pasport dan ianya adalah satu kurniaan daripada kerajaan.


Afdlin merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa pemberian paspot merupakan satu keistimewaan, bukannya hak.

Afdlin-Shauki_comt“Kenapa sampai macam ni YB YB semua… Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan? Lepas ni apa pulak tetuan, bukankah kerajaan demokrasi tu adalah satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal rakyat?”

Afdlin mengingatkan mereka dalam kerajaan bahawa mereka bekhidmat untuk rakyat dan kerajaan bukan pertubuhan untuk menakut-nakut dan menekan rakyat.

Semalam, laporan berita yang memetik sumber melaporkan rakyat Malaysia yang menghina kerajaan boleh dihalang daripada keluar negara selama tiga tahun.

Peraturan baharu itu diumum susulan halangan keatas Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah daripada berlepas ke Korea Selatan untuk menerima anugerah hak asasi manusia baru-baru ini.

Sebelum ini, mereka yang diisyithar muflis, berdepan kes undang-undang atau belum membayar pinjaman daripada kerajaan dihalang daripada meninggalkan negara.

Mereka yang selalu kehilangan pasport atau melakukan kesalahan di luar negara juga boleh dihalang daripada keluar negara buat sementara waktu.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment