Warga Asing Jadi Pelayan Akan Ditangkap - maitengoklah!

IKLAN

Warga Asing Jadi Pelayan Akan Ditangkap



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pekerja asing yang bekerja sebagai pelayan restoran dan hotel.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin menegaskan, pekerja asing itu hanya dibenarkan menjalankan dua aktiviti sahaja iaitu sebagai tukang masak dan tukang cuci manakala perkara-perkara lain perlu dilakukan warga tempatan.
“Sektor perkhidmatan restoran dan hotel hanya dibenarkan mengambil pekerja asing melibatkuan dua posisi sahaja, tukang masak dan tukang cuci.
“Dua ini saja yang mana lain-lain perkhidmatan pelayan, juruwang semua tak boleh. Tiada pengecualian,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu, Zainuddin berkata, pihaknya akan melakukan operasi secara besar-besarkan untuk mengambil tindakan dan akan mengenakan denda terhadap mereka yang melanggar peraturan berkenaan.
“Kita sebenarnya sudah membuat satu ops (operasi) dengan KPDNKK, imigresen, polis, kastam untuk turun ke bawah dan tangkap sesiapa yang langgar undang-undang.“Bukan hanya di kedai mamak di mana-mana semua akan dibuat. Jadi saya tak fokus kedai mamak sahaja,” tegasnya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment