IKLAN

SEDIHNYA, BARU SEHARI BERGELAR SUAMI SUDAH DIJEMPUT ALLAH


TAK terbayang ‘kesakitan’ yang dialami wanita ini apabila hanya sempat mengecap nikmat bahagia bergelar isteri kepada suami tercinta hanya dalam tempoh sehari sahaja. 

Ini kerana suaminya, Syahrul Annuar terlibat dengan kecelakaan jalan raya sehari selepas mereka bernikah. 

Menurut kenyataan yang diperolehi menerusi laman Facebook ibu saudara arwah, arwah dipercayai dilanggar oleh seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk pada awal pagi ketika ingin keluar simpang jalan di kawasan rumahnya. 

Ibu arwah dikatakan masih berada dalam keadaan lemah dan masih terkejut dengan berita pemergian anak tersayangnya itu. 

Walaupun begitu, ibu saudara yang berkongsikan coretan ini telah meredakan pemergian mengejut anak saudara yang baharu sahaja diraikan perkahwinannya itu. 









Buat si isteri, semoga tabah dan sabar dengan segala ujian yang menimpa. Ada hikmah di atas semua perkara yang berlaku. 

Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman, sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi Allahyarham. – SUMBER
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment