Sebab Utama Kenapa Rayani Air Dikritik Netizen - maitengoklah!

IKLAN

Sebab Utama Kenapa Rayani Air Dikritik Netizen

  • Seperti yang semua tahu, penerbangan Rayani Air dari Langkawi ke Kuala Lumpur baru-baru ini terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal. Hal ini telah menyebabkan lebih 200 penumpang terkandas.

      • 5dfa
        Penumpang terpaksa pergi ke kaunter Rayani Air untuk mendapatkan 'refund'.
    • Lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang digunakan mengalami masalah teknikal.

      Penerbangan RN180 menggunakan pesawat Boeing 737 yang dijadualkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pukul 11.10 pagi semalam tidak dibenarkan berlepas selepas kerja-kerja untuk mengatasi masalah itu belum dapat diselesaikan.
       
  • Selepas disiasat, mereka mendapati bahawa cermin kokpit pesawat tersebut telah retak. Ia mungkin terjadi atas sebab sabotaj dari pihak yang tak bertanggungjawab.

      • 118fKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air, Ravi Alagendrran.
    • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air, Ravi Alagendrran berkata pembatalan itu bukan disebabkan masalah teknikal, sebaliknya pihaknya mendapati cermin kokpit pada pesawat itu telah retak selepas penerbangan pada Isnin.

      "Kami sedang menyiasat sama ada ia adalah satu tindakan sabotaj atau tidak. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengangani perkara ini. Kami memohon maaf dan berharap penumpang kami memahami keadaan," katanya.
      Kes ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai di laman sosial. Menerusi ruangan komen, kami dapat kenal pasti 5 sebab kenapa Rayani Air dikritik teruk. Lihat senarai di bawah:
    • 1. Selalu sangat flight cancelled dan semuanya diberitahu pada saat-saat akhir

    • 2. Customer service yang tidak memuaskan dan begitu susah untuk dihubungi

    • 3. Langsung tak ada contingency plan untuk para penumpang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dirancang. Kalau ada pun, ianya dikatakan tidak setimpal.

    • 4. Hanya ada dua buah kapal terbang lama yang beroperasi dan tiada backup plane sekiranya berlaku kerosakan kepada pesawat

    • 5. Menggunakan 'patuh shariah' sebagai strategi pemasaran tetapi pelaksanaannya tidak secara menyeluruh

    • Walau bagaimanapun, masih ada sinar di hujung terowong :)


    sumber : SAYS
    Share on Google Plus
      Blogger Comment
      Facebook Comment

    0 comments:

    Post a Comment