Sayu : Selamat jalan mama dan baby papa .. ibu dan bayi dalam kandungan maut kemalangan (6Gambar) - maitengoklah!

IKLAN

Sayu : Selamat jalan mama dan baby papa .. ibu dan bayi dalam kandungan maut kemalangan (6Gambar)

Nilai: Ibu dan bayi dalam kandungan berusia lapan bulan antara tiga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 279.3 Lebuhraya PLUS, arah utara, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi, Suzan Safarina Rosli, 30, dan bayinya meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban .

Turut maut, Nadia Hidayayul Syima Mokhtar, 28.





Get well soon  Maya 
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, seorang kanak-kanak Maya Mayree Zarul Hidayat berusia dua tahun kritikal dan dimasukkan ke zon merah.

"Selain Maya, turut parah, pemandu Toyota Wish Zulfahizzat Mokhtar, 27.

"Mangsa lain cedera cedera ringan. Mereka adalah Zarul Hidayat Mokhtar, 32; Mohd Izwan Amir Hamzah, 31; Faudziah Mohd Ali, 59, dan Fairel Zhafran Mohd Izwan, 12," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka dipercayai sekeluarga dari Johor ke Kuala Lumpur.
“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar lampu jalan kiri lalu terbalik.

"Kes di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.-HM

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment