IKLAN

Sayu Rintihan Hati Adira Selepas Berkahwin Jadi Isteri Kedua Buat Orang Ramai Terkejut Dengan Nasib Adira

Sebelum ini, Adira AF pernah menyatakan kehidupannya selepas berkahwin adalah lebih indah, namun sebagai isteri kedua, penyanyi ini sedia maklum bahawa dia menjadi bahan hinaan sesetengah pihak di laman sosial.
“Saya tahu, di luar sana masih ramai yang melemparkan pelbagai kata hinaan hanya kerana saya menjadi isteri kedua. Terserah kepada mereka kerana saya ajar diri supaya tidak ambil pusing terhadap segala cacian yang dilemparkan”“Alhamdulillah, kehidupan saya lebih tenang berbanding dulu apatah lagi, sudah mempunyai teman hidup selain anak-anak tiri yang sentiasa di sisi. Kehadiran mereka melengkapi hidup kini, malah membuatkan saya lebih gembira”

Tambah Adira, keputusannya untuk berkahwin di usia muda dan bergelar isteri kedua bukanlah semata-mata mahu mengejar kemewahan namun menganggapnya sebagai jodoh yang sudah diatur Tuhan.
“Semua itu hanya mengganggu emosi dan keharmonian rumah tangga. Saya memilih untuk tidak membaca segala tohmahan yang dilemparkan di sosial media. Lebih baik begitu kerana saya mahu menjalani kehidupan dengan tenang,” jelasnya kepada BH Plus.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment