IKLAN

Rani Kulup Beri Amaran Kepada Mahathir Jangan Cuba Jatuhkan Najib



KUALA LUMPUR: Aktivis selebriti Abdul Rani Kulop Abdullah memberi amaran kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak menyertai himpunan anti-Najib pada 27 Mac ini.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu berkata, himpunan berkenaan dilihat akan menyebabkan negara menjadi huru-hara selain boleh memecahbelahkan kaum Melayu.

“Saya beri nasihat kepada mereka-mereka yang cuba untuk adakan himpunan ini, jangan porak perandakan keadaan dan pecah-belahkan orang Melayu.

“Sebab apabila himpunan ini berlaku, perpecahan yang sangat ketara bangsa Melayu akan menjadi pecah-belah dan kekuatan kita akan jadi kecil,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini secara terbuka menyatakan beliau bersedia untuk menyertai himpunan anti-Najib.

Bagaimanapun, beliau akui hanya akan menyertai himpunan itu jika dijemput oleh pihak penganjur.

Abdul Rani yang mesra dipanggil “ayah” meminta agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan berkenaan dan bersatu memperkukuhkan lagi perpaduan dalam negara.

“Seluruh bangsa Melayu mestilah bersatu demi bangsa, agama dan tanah air,” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun Zaid berkata, acara yang dijadual pada 27 Mac itu adalah perjumpaan tertutup.


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment