IKLAN

Pernah Kehilangan Anak Akibat Kanser, Wanita Ini ‘Korbankan Diri’ Bantu Penghidap Kanser Yang Lain

Sempena Hari Kanser Sedunia hari ini 4 Februari, admin nak kongsikan kisah seorang wanita yang banyak terlibat dengan perjalanan bersama anak-anak syurga yang juga Cancer Warrior ni.
Pengalaman menjaga anak yang menghidap kanser turut dijadikan suntikan motivasi dan perkongsian di laman sosial. Buat netizen yang mungkin nak tahu siapa sebenarnya wanita yang berjiwa besar ni, meh baca ni.

“Ramai orang tak tahu.Ramai orang hanya tahu bercakap dan terus bercakap.”

Screen Shot 2016-02-04 at 3.05.40 PM
Ramai orang tak tahu kisah perjalanan hidup saya.Saya seorang ank yatim sejak berusia 8tahun dan yatim piatu dikala usia 13thn.Saya belajar apa itu erti kehidupan yg sebenar.Saya belajar bagaimana nak teruskan kehidupan sebagai yatim piatu.Hidup saya tidak seindah kehidupan insan lain.Saya pernah menumpang rumah orang.Saya bekerja selepas pulang dari sekolah.Saya harungi kesukaran sendirian sehingga saya bertemu jodoh.
Ramai orang tak tau,saya mempunyai seorang anak syurga yg meninggal akibat kanser.Dengan kehadiran anak syurga ini,saya belajar erti ketabahan.Saya mengenali apa itu pengorbanan.Saya menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan sampai pada satu tahap,saya hilang kata-kata.Saya menyusuri kegetiran serta kekangan.Pernah satu ketika tong beras di dapur kosong tanpa sebutir beras.Saya belajar untuk mensyukuri.Saya merasai setiap kesakitan untuk memperolehi kesabaran dan akhirnya saya bertemu redha…
Hari ini,saya membantu orang lain bukanlah sebab saya senang.Jauh sekali menjadi kaya.Tetapi saya tahu apa yg mereka sedang lalui.Saya faham situasi mereka yg diuji.Sungguh saya tidak mampu membantu wang ringgit tetapi dengan sedikit khidmat saya utk orang lain,secara tidak langsung saya membantu diri sendiri utk saya meneruskan kehidupan ke jalan yg diredhai.

Nurkilan dari hati yang dalam

Qysstina Safieka:Puteri Nurkeisha Amani
Bidadari-bidadari Syurga kesayangan hati beta.
Wajah suci tanpa dosa..
Rindu bertamu dikala malam tiba..
Ibu percaya kalian sudah bertemu di alam sana..
Ibu yakin kalian sedang berbahagia bersama..
Kalian permata hati anugerah terindah yang pernah Ibu miliki..
Qysstina Syafieka..
Puteri Nurkeisha Amani..
Namamu selamanya tersemat dihati..
AlFatihah bunga-bunga Syurgaku.
Syima Rayyqyss sering menjadi tempat rujukan buat penjaga yang turut dianugerahkan dengan anak Cancer Warrior selain dia sering terlibat dalam kerja-kerja amal terutama dalam membantu golongan yang menghidap kanser.

Adik-adik teruskan perjuangan, Auntie Syima sayang adik semua

Cancer Day5Cancer Day4Cancer Day3Cancer Day2Cancer Day1

Ini antara komen daripada penjaga

Screen Shot 2016-02-04 at 2.48.27 PM
Screen Shot 2016-02-04 at 2.46.30 PM
Dianugerahkan anak syurga adalah ujian kenikmataan yang diturunkan buat kita masyarakat sekitar sedar akan kebesaran Allah SWT. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan setiap hari ye.
Insan seperti Syima Rayyqyss harus dicontohi supaya kita lebih mendekati dan memberi semangat kepada penghidap-penghidap kanser di luar sana.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment